Tuesday, October 27, 2009

Terengganu menonjol dalam kelompok empat terakhir

Malam ini Terengganu bertemu Negeri Sembilan di Seremban untuk separuh akhir pertama Piala Malaysia.

Lebih 2,000 penyokong Terengganu berada di Seremban untuk memberi sokongan moral kepada pasukan mereka di Stadium Tuanku Abdul Rahman.

Ramai daripada mereka bertolak malam semalam dan dengan kedudukan tahun ini merupakan tahun terbaik bagi Terengganu untuk menjuarai Piala Malaysia selepas kali terakhir menjuarai kejohanan berpretij itu pada 2001.

Sepanjang hari ini dijangka lebih ramai penyokong Terengganu akan ke Seremban.

Terengganu layak ke perlawanan separuh akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan Selangor di peringkat suku akhir di sini, malam Sabtu dengan sepakan penalti 5-4, selepas kedudukan terikat 1-1.

Terengganu menonjol dalam kelompok empat terakhir ini ialah kemampuan Si Penyu menjinakkan Merah Kuning dengan bertemankan sedikit tuah dan ketumpulan penyudah lawan.

Jika juara Piala Sultan Ahmad Shah, Piala FA dan Liga Super boleh tersungkur di Kuala Terengganu, bukan mustahil giliran anak buah Wan Jamak Wan Hassan menurut jejak kecundang itu apatah lagi lawan mempunyai kelebihan bermain lewat di gelanggang sendiri, Sabtu ini.

Segala rekod pertemuan Liga Super dan peringkat kumpulan lalu yang menyebelahi Negeri Sembilan sekadar boleh dibuat rujukan dan terus mematangkan kedua-dua pasukan tetapi yang paling menarik ialah pertembungan dua pemain muda yang menjaga gawang masing-masing.

Hanya satu gol membolosi Farizal Harun sepanjang Piala Malaysia dan Sharbinee Allawee begitu cemerlang, Sabtu lalu lantas yang seronok pastilah jurulatih negara K. Rajagobal menjelang Kelayakan Piala Asia 2011 (November) dan Sukan SEA Laos, Disember ini.

Lebih banyak pilihan penjaga gol yang mantap, bakal meningkatkan persaingan dan benteng terakhir skuad senior dan bawah 23 tahun Malaysia biarpun mungkin kurang menyenangkan penjaga gol Perlis, Farizal Marlias yang sekian lama menyandang posisi utama.

Malah, ketika Negeri Sembilan kian berbangga dengan ketajaman Zaquan Adha Radzak selaku antara penjaring terbanyak Piala Malaysia setakat ini, Terengganu pula menjanjikan seorang lagi bakal gandingan serangan Malaysia di Laos, Abdul Manaf Mamat.

Skuad Hoben Jang Hoben dikatakan akan memberikan laluan sukar selain berikrar untuk menundukkan skuad Penyu dengan jaringan besar malam ini.

Ini bagi memastikan faktor bermain di gelanggang sendiri itu tidak disia-siakan oleh skuad bimbingan, Wan Jamak Wan Hasan dalam mencari kelebihan agregat sekali gus memberikan keselesaan pada pusingan seterusnya.

Meskipun sebelum ini, skuad Penyu itu tewas dua kali pada peringkat kumpulan di tangan Negeri Sembilan, namun Wan Jamak tetap mengingatkan pemainnya bahawa disiplin merupakan kunci utama bagi memastikan kemenangan pada perlawanan ini.

'Selain itu, kita juga akan memastikan Terengganu tidak meraih sebarang gol di sini," ujar beliau.

No comments:

Post a Comment