
MoU itu merupakan langkah pertama TATiUC menerokai pasaran Timor Leste dan sebahagian daripada proses pengantarabangsaan TATiUC sebagaimana digariskan pihak Lembaga Pengarah TATiUC untuk membolehkan kolej berkenaan lebih aktif di peringkat antarabangsa.
Pada MoU itu, TATiUC diwakili Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Latiff Awang manakala Skilltech Education (Malaysia) Sdn. Bhd. oleh Pengarahnya, Danny Loo Teck Lim.
Skilltech Education Sdn. Bhd. adalah syarikat yang telah dilantik secara rasmi oleh pihak kerajaan Timor Leste untuk melatih para pelajar dan pekerja dari negara tersebut dalam bidang kemahiran terutama sektor minyak dan gas di Malaysia.
No comments:
Post a Comment