Wednesday, October 28, 2009

Zuki - Saya sudah bebas dari bayang-bayang hitam


Bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd yang dibebaskan dan dilepaskan dari tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, mengibaratkan beliau sudah bebas dari bayang-bayang hitam yang menyelubunginya sejak sekian lama.

Beliau yang tidak dapat menahan sebak, dilihat menangis sebaik sahaja keputusan rayuannya untuk mengenepikan sabitan kes dan hukuman, dibuat hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, VT Singham.

Katanya tidak ada yang lebih menggembirakan sebaik mendengar keputusan itu selepas mahkamah mengesahkan dia tidak bersalah walaupun terpaksa meringkuk dalam penjara sejak hampir empat tahun lepas.

"Saya tahu keputusan hari ini berkat doa kedua ibu bapa saya. Saya sendiri pun, ketika dalam penjara, tidak putus-putus berdoa supaya kebenaran tentang apa yang berlaku, ditunjukkan," katanya ketika ditemui pemberita sebaik keputusan kes itu dibuat.

Zuki, 34, yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb 2004.

Beliau memfailkan notis rayuan sejak 21 Dis 2005 namun kes itu terpaksa ditangguhkan beberapa kali atas beberapa sebab dan hanya dibawa semula ke mahkamah, semalam. Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada Selasa melepas dan membebaskan bekas jurulatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd dari tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, selepas membenarkan rayuannya.

Hakim VT Singham juga mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Dis 2005, sekaligus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Dis 2005.

Ketika membuatkan keputusan terhadap rayuan mengenepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Dis 2005, Hakim Singham berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendapati keterangan pengadu dalam kes ini sebagai kredibel telah terkhilaf apabila memanggil tertuduh untuk membela diri," katanya dalam penghakiman selama sejam.

Zuki merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb tahun 2004.

Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini melepas dan membebaskan bekas jurulatih Program Latihan khidmat Negara (PLKN), Zuki Mohd dari tuduhan merogol seorang pelatih program itu pada 2004, selepas membenarkan rayuannya.

Hakim VT Singham juga mengenepikan hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan yang dijatuhkan hakim Mahkamah Sesyen pada 19 Dis 2005, sekaligus membebaskan Zuki yang telah menjalani hukuman penjara sejak 19 Dis 2005.

Ketika membuatkan keputusan terhadap rayuan mengenepikan sabitan dan hukuman yang notisnya dikemukakan Zuki pada 21 Dis 2005, Hakim Singham berkata pihak pendakwaan gagal mengemukakan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir perbicaraan dan tertuduh sepatutnya tidak perlu dipanggil untuk membela diri.

"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen yang mendapati keterangan pengadu dalam kes ini sebagai kredibel telah terkhilaf apabila memanggil tertuduh untuk membela diri," katanya dalam penghakiman selama sejam.

Zuki, yang diwakili peguam Datuk Sukri Mohamed merayu terhadap hukuman penjara 12 tahun dan tiga kali sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 19 Dis 2005 setelah didapati bersalah merogol pelatih program itu antara 7.28 malam hingga 9.10 malam dalam sebuah kereta Perodua Kancil di kawasan pertanian Rhu Tapai, Setiu, 28 Feb tahun 2004.

Hakim Singham dalam penghakimannya berkata setelah meneliti nota keterangan dan fakta keseluruhan kes berkenaan, beliau menerima rayuan untuk mengenepikan sabitan kes dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap tertuduh.

"Antara yang perlu diambil kira ialah kelewatan pengadu membuat laporan polis berhubung kejadian rogol yang didakwa berlaku pada 28 Feb 2004, tapi laporan polis hanya dibuat pada 14 April 2004. Tidak ada penjelasan munasabah dari pengadu kenapa beliau mengambil masa hampir dua bulan atau 44 hari untuk membuat laporan polis sekiranya dia dirogol seperti didakwa," katanya.

Katanya alasan pengadu bahawa laporan polis, sekiranya dibuat, akan memalukan dan menjatuhkan maruah keluarga juga tidak boleh diterima kerana akhirnya pengadu sendiri membuat laporan berkenaan.

"Pengadu juga ada peluang terbuka untuk mengadu mengenai kejadian rogol sekiranya ia benar berlaku kepada doktor ketika mendapatkan rawatan di Kem Desa Pahlawan, Kota Baharu tetapi dia hanya mengadu sakit dada, demam dan batuk sahaja," katanya.
Zuki yang mempunyai dua anak lelaki berumur 10 dan lima tahun yang kini dijaga bekas isteri, memberitahu kehidupannya di penjara banyak memberi pengajaran kepadanya.

"Selepas ini, saya nak mulakan hidup baru. Saya juga tak tahu apa kedudukan saya sekarang, adakah saya masih seorang anggota tentera atau bagaimana, lepas ni saya akan ke Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan hal itu," katanya.

Sementara itu, ibu Zuki, Siti Salbiah Mamat, 51 ketika ditemui berkata beliau bersyukur anaknya itu akhirnya bebas setelah bertahun-tahun ditahan di penjara.

"Makcik tahu dia tak salah, bukti pun tak ada... sudah banyak tahun makcik tunggu hari dia dibebaskan, akhirnya tiba juga," katanya sebak.

Katanya sebelum ini beliau dan suami, Mamat Ali, 50, serta beberapa adik Zuki sentiasa hadir ke mahkamah setiap kali kes bersidang bagi memberi sokongan moral kepada anak sulung dari enam beradik itu.

No comments:

Post a Comment