Selain pemain tempatan, kejohanan tiga pusingan itu, anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama Tourism Malaysia, turut disertai tujuh pemain profesional dari Singapura, Jepun, Thailand, Taiwan dan Korea Selatan.Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Zubir Azhari, berkata pihaknya bercadang mengadakan kejohanan edisi kelima tahun depan pada pertengahan tahun bagi mengelak musim tengkujuh.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis perasmian "Tee-Off" di resort itu pada Sabtu, beliau berkata pertandingan Pro-Am hari ini terpaksa ditangguhkan kerana hujan.
Zubir, yang juga Presiden Persatuan Golf Terengganu, berkata antara pemain tempatan yang akan menyerikan kejohanan itu ialah P. Gunasegaran, S. Sivachandran, M. Ramayah, Shaaban Husin dan Mohd Sukree Othman.
No comments:
Post a Comment