Wednesday, December 16, 2009

Ada Penulis Blog Tidak Beretika

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein berkata ada antara penulis blog menulis tanpa mengikut peraturan dan etika kewartawanan untuk meraih populariti berbanding wartawan tempatan yang berpegang kepada etika penulisan yang betul.



"Kita ada etika dan mereka tidak ada dan tidak mengamalkan etika kewartawanan. Inilah yang membezakan kita dengan mereka," katanya pada majlis penyampaian hadiah Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil 2009 di Kuala Terengganu, malam semalam.
Hishamuddin berkata wartawan di negara ini tidak perlu bimbang kerana selagi laporan yang dibuat berpegang kepada etika kewartawanan, ia akan diterima baik oleh masyarakat.

Katanya tidak mungkin wartawan yang berada di atas dasar yang benar akan dihukum dan tidak mungkin yang menabur fitnah akan berjaya.

Pada majlis itu bebrapa kategori hadiah disampaikanm termasuk berita, berita sukan, berita ekonomi dan rencana terbaik, foto serta audio visual terbaik.

No comments:

Post a Comment