
"Kita buat persiapan sama seperti sebelum ini yang menyaksikan banjir musim tengkujuh melanda Terengganu sebanyak tiga kali bermula awal November lalu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Sabtu.
Jabatan Meteorologi meramalkan hujan lebat peringkat kuning di beberapa daerah di Terengganu bermula semalam akan berterusan sehingga akhir bulan ini.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan berkenaan pada Jumaat, keadaan itu berkemungkinan menyebabkan berlaku banjir terutama di kawasan rendah dan tebing sungai.
Zulhami berkata tahun ini, JKM telah membelanjakan kira-kira RM1.2 juta untuk membeli makanan dan peralatan untuk mangsa-mangsa banjir di Terengganu.
Beliau berkata banjir tahun ini agak buruk kerana bencana alam itu melibatkan semua daerah dan melibatkan pemindahan lebih 10,000 penduduk.
Zulhami berkata kerajaan juga telah mengagihkan bantuan ihsan sebanyak RM500 untuk setiap keluarga mangsa banjir tersebut bagi meringankan beban mereka.
"Untuk pendahuluan, kerajaan beri sebanyak RM300 dan bakinya akan dibayar kemudian," katanya.
No comments:
Post a Comment