
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Komunikasi Korporat, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada Isnin, penggredan semula SSR-PBT itu juga mendapati semua PBT yang terlibat telah memberikan komitmen yang baik untuk meningkatkan prestasi kedudukan masing-masing.
Penggredan SSR-PBT dilaksanakan untuk menilai tahap pencapaian perkhidmatan PBT dan mengemas kini ciri-ciri PBT berprestasi tinggi supaya PBT sentiasa memelihara kecekapan dan keberkesanan masing-masing.
Ia dilaksanakan menggunakan 352 indikator di bawah empat kriteria utama iaitu pengurusan, perkhidmatan teras, pengurusan pelanggan dan penyertaan komuniti dan pandangan penduduk.
Kementerian melalui Bahagian Inspektorat telah mengadakan lawatan penggredan semula ke atas 10 PBT yang terlibat bermula 3 November hingga 11 November lalu.
No comments:
Post a Comment