Benarkah dakwaan ini? JIka tidak benar penganjur Piala Monsun wajar memperbetulkan apa yang didakwa oleh sebuah blog propembangkang. Malah kalau perlu dakwa blog berkenaan.
Menurut laporan itu, disebalik dakwaan Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mendakwa, ‘Monsoon Cup’ berjaya memperkenalkan negeri Terengganu di persada antarabangsa, ia bukanlah satu kejohanan yang sepatutnya menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri ini.
Blog itu mendakwa, seorang penduduk tempatan yang tinggal di Pulau Duyong Besar (Pulau Ketam) berkata beliau tak rasa bangga malah berasa malu dengan keadaan hidup penduduk kampung, orang ramai datang tengok rumah buruk, jalan sempit, longkang tak ada,
”Lumba perahu layar tak salah, bagus, tapi bersama ‘Monsoon Cup’ ada acara maksiat, itu yang salah,”kata warga emas, berumur sekitar 60-an, yang mahu dikenali sebagai ‘Ayah Ngah’ sahaja
Seorang pemuda yang ditemui dihadapan Masjid Darul Islah ditanya, adakah beliau bangga dengan kejohanan yang telah diadakan sejak tahun 2005 itu, beliau menjawab ‘tidak tahu’.
Ditanya lanjut, mengapa beliau menjawab begitu, katanya, walaupun telah masuk tahun ke lima ia di adakan, tidak ramai penduduk Pulau Duyong yang mendapat manfaat.
”Yang bangga mungkin, mereka yang mendapat manfaat, contohnya JKKK, mungkin bangga, sebab boleh ‘projek’.”jelas beliau yang tidak mahu dikenali.
Menurutnya, antara projek yang diperolehi oleh ‘sek-sek’ Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) adalah kutipan bayaran tempat letak kereta dan mengutip sampah dalam laut, sekitar ‘trek’ perlumbaan perahu layar.
”Adalah 6, 7 bot ‘fiber’, dua orang satu bot, dapat ‘kontrek’ kutip sampah, dibayar RM250.00 sehari,”katanya.
Buletinonline turut mendapat kiriman gambar dari seorang pengunjung yang ‘tidak begitu gembira’ apabila melihat keadaan itu.
Mesejnya ringkas sahaja; “Kata mahu memperkenalkan Terengganu, bendera Terengganu pun tidak dinaikkan,”
Buletinonline dimaklumkan, sepanjang kejohanan yang bermula 2 Disember dan berakhir semalam, tiada bendera ‘hitam putih’ negeri Terengganu yang dikibarkan di puncak ‘Ri-Yaz Heritage Marina & Exhibition’, pusat lumba perahu layar ‘Monsoon Cup’ yang didakwa, ditonton oleh 1 bilion manusia !
No comments:
Post a Comment