SEBELAH SANA...
Daripada : tranungkite.net
"Penutup tahun 2009 tahun UMNO Terengganu bergolak dengan krisis kepercayaan. Dan jelas UMNO Terengganu terbelah dua kumpulan. Satu kumpulan pro DS Idris Jusuh bekas menteri besar . Dan kumpulan yang pro Datuk Ahmad Said menteri besar restu dari istana.
Dari analisa kami penyokong UMNO Terengganu tidak terbelah dua. Yang terbelah dua ialah pemimpin dan wakil rakyat UMNO sahaja. Ada wakil rakyat UMNO yang pro Idris Jusoh atau dengan kata muda wakil rakyat UMNO tidak setia kepada ketuanya Ahmad Said. Kesilapan yang besar UMNO pusat melantik ketua perhubungan UMNO negeri orang luar.
Namun dalam krisis kerpercayaan kepimpinan UMNO Terengganu tidak memberi kesan kepada penyokong UMNO seluruh Terengganu. Rakyat umumnya menyokong menteri besar Terengganu Dato' Ahmad Said. itulah kelebihan Ahmad Said yang sinonin dengan sebotol air zam-zam dan sebungkus korma. Walaupun JKKK simpan bungkusan korma dan air-zam. Inilah sifat rakus dan tidak amanah sebahagian JKKK. Ahmad Said sendiri mengaku terdapat JKKK yang tidak jujur.
Terengganu cukup akrab dengan perkataan runtuh. Bangunan yang dibina era Idris Jusoh menyembah bumi. Ahmad Said menerima nasib yang malang. Tapi amat dukacita Ahmad Said sebagai menteri besar tiada seorang pegawai atau kakitangan yang berkaitan disiasat oleh SPRM. Ahmad Said hanya berkokok bagaikan ayam nak bertelor. Kekuatan Ahmad Said hanya sekadar menyandar didinding istana.
Hakikatnya Ahmad Said tidak serius dalam tidakkannya. Kerana yang mendapat habuan projek adalah kroni pemimpin UMNO negeri dan bahagian. Kroni atau kontraktor yang memperolehi projek inilah yang penyumbang terbesar wang atau dana UMNO Terengganu. Ahmad Said cukup faham dam khatam bab wang dan projek. Hanya yang runtuh saja dibina era Idris Jusoh ketua penyamun moden.
Ahmad Said juga tidak lari dari kesalahan yang seruis. Ahmad Said satu satu pemimpin UMNO Terengganu yang sanggup meroboh Masjid di Kampung Bujak Kemaman.
Masih kah kau ingat wahai Ahmas Said?.....runtuh masjid lebih jahat dari Yahudi.
Peluang rakyat Terengganu untuk menukar kerajaan BN/UMNO dalam pilihan raya umum yang akan datang kepada PAS/Pakatan tidak semudah yang dijangka. UMNO Terengganu hanya berlaku krisis wakil rakyat UMNO dengan menteri besar Ahmad Said.
Rakyat umum masih setia pada UMNO.
Walaupun Ahmad Said menerima nasib yang malang sebagai menteri besar Terengganu dan Ahmad Said akur dengan nasibnya.
Selagi ada bangunan runtuh atau bangunan bocor atau tidak siap mengikut peraturan kekuatan dan sokongan rakyat kepada Ahmad Said semakin kuat dan teguh.
No comments:
Post a Comment