Pengasas Sumai Engineering Sdn Bhd, Encik Mahyuddin Wan Sulaiman, dinobatkan sebagai Tokoh Usahawan Terengganu 2009.
Pengumuman dibuat Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada majlis Malam Gala Seri Iman 2009 dan Anugerah Usahawan Terengganu 2009 di Dewan Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu, 20 Disember lalu.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mokhtar Nong dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi negeri, Dato’ Mohamed Awang Tera.
Sementara itu dalam usaha kerajaan negeri mewujudkan Galeri Seni Warisan Terengganu, pada Jun lalu kerajaan menyemarakkan lagi industri batik dan kraf di negeri ini dengan membina Kompleks Seri Endon di Teluk Pasu, Manir.
Ia menjadi pusat jualan dan pameran serta R & D batik Terengganu,
Sementara itu ketika berucap pada malam gala itu, Ahmad Said berkata pengusaha batik tempatan perlu mengurangkan pergantungan kepada produk seni luar negara bagi memastikan nilai eksport budaya kita mampu berkembang dengan skala lebih besar di peringkat antarabangsa.
Katanya, jika pengusaha batik terus bergantung kepada produk yang diimport, ia menyebabkan nilai eksport budaya tempatan menjadi kecil dan Malaysia tidak layak disenaraikan sebagai negara pengeksport.
“Perkara ini berlaku disebabkan kita sangat bergantung kepada produk seni luar negara dan tidak menitikberatkan produk keluaran sendiri.
“Jika keadan ini berterusan, tidak mustahil industri seni, budaya dan warisan kita pula akan dikuasai oleh rakyat asing pada masa depan,” katanya Dato’ Ahmad berharap melalui pertandingan piala bagi merebut piala berkenaan mampu mencetuskan semangat kepada pengusaha batik bagi membolehkan industri tersebut menguasai pasaran antarabangsa dengan mengatasi produk dari negara-negara lain.
Ahmad Said ketika melawat pameran batik sebelum merasmikan Malam Gala Seri Iman 2009 dan Anugerah Usahawan Terengganu 2009 di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment