Sunday, December 13, 2009

Utamakan kebersihan elak taun ‘serang’ kembali

Meskipun Terengganu diisytiharkan bebas daripada wabak taun, tidak mustahil penyakit berkenaan boleh

menyerang semula sekiranya masyarakat umum tidak mengutamakan kebersihan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr A Rahman Mokhtar berkata, sikap kurang menitikberatkan soal kebersihan terutamanya dalam penyediaan makanan boleh mengundang taun.
Rabu lalu, Terengganu, yang dilanda taun sejak 11 Nov lepas, kini diisytihar bebas daripada wabak itu setelah tiada kes baru dilaporkan sejak dua minggu lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican pada Rabu berkata sejak wabak itu dikesan di negeri itu bulan lepas, sebanyak 187 kes dikesan dengan satu kematian dilaporkan.

"Walaupun wabak ini telah tamat, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu akan terus melaksanakan tindakan kawalan, pencegahan dan pengawasan bagi menggelak ia berulang," katanya dalam satu kenyataan.
Dr Ismail berkata siasatan mendapati jangkitan taun di Terengganu berlaku kerana kerana pengendali makanan dan orang ramai kurang mengambil berat tentang penjagaan kebersihan diri dan amalan pengendalian makanan yang selamat.
Dr Rahman menasihati rakyat Terengganu supaya tidak mengabaikan soal kebersihan diri selain memakan makanan dimasak dan dikendalikan dengan betul serta minum air bersih.

“Taun merebak melalui air dan makanan tercemar serta najis manusia, meskipun negeri ini telah pun bebas daripada wabak tersebut, tidak mustahil ia boleh menyerang semula jika aspek kebersihan diri diabaikan.

“Jangan abaikan kebersihan dan apa pun, Jabatan Kesihatan Negeri akan tetap meneruskan tindakan pengawasan dan kawalan supaya wabak ini benar-benar bebas serta tidak lagi menyerang orang ramai,” katanya.

Sinar Harian kelmarin melaporkan negeri ini yang dilanda taun sejak 11 November lalu, kini diisytiharkan bebas wabak itu setelah tiada kes baru dilaporkan sejak dua minggu lalu.

Siasatan mendapati jangkitan taun di negeri ini berlaku kerana pengendali makanan dan orang ramai kurang mengambil berat mengenai penjagaan kebersihan diri dan amalan pengendalian makanan selamat.

Kementerian Kesihatan sebelum ini mengesahkan sebanyak 187 kes taun dicatatkan di negeri ini dengan satu kematian sejak wabak tersebut dikesan di negeri ini.

Berikutan penularan taun, Jabatan Kesihatan telah memeriksa 115 premis dan daripada jumlah itu 20 premis terutama kilang ais diarahkan tutup serta merta selama 10 hari.

No comments:

Post a Comment