Keadaan angin kencang Timur/Timur Laut dengan kelajuan 40-50 km sejam dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Samui (Kelantan dan Terengganu) dan Tioman (Johor Timur dan Pahang), dijangka berterusan sehingga Isnin ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari Khamis, amaran itu juga meliputi perairan Sarawak, Sabah, Labuan, Reef South, Bunguran, Palawan, Sulu, Condore, Reef North dan Layang-Layang.
Keadaan itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Sementara itu, amaran hujan lebat untuk negeri Sarawak bagi bahagian Kuching, Samarahan, Betong dan Sri Aman yang dikeluarkan pada Isnin ditamatkan hari ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.
No comments:
Post a Comment