Monday, January 25, 2010

KENAPA MOKHTAR SEBAK?

Sebak & sedih tidak terkira. Sampai nak meneruskan ucapan pun tidak boleh.

Yang mampu diperkatakan hanyalah`Setinggi mana pangkat yang kita sandang, jangan lupa orang di bawah kita kerana mereka juga perlu diberi perhatian’.

Bagus betul pesanan Datuk Mokhtar Nong, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu yang sedang bercuti sekarang dan akan tamat perkhidmatannya dengan kerajaan negeri pada 15 April depan.

Persoalan yang masih menjadi tanda tanya ialah kenapa beliau membuat kenyataan itu di saat-saat akhir kerjayanya?

Cakap-cakap ramai mengatakan jika beliau berpegang kepada pesanan itu, moto kerajaan Terengganu ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ tidak akan terjejas kerana kurang berkesannya beliau melaksanakan tugas!

Juga, keputusannya bersara awal. Kenapa beliau berbuat demikian? Tidak tahu!

Pada majlis 13 Januari lalu di Wisma Darul Iman, beliau terpaksa mengambil masa beberapa minit sebelum dapat meneruskan pesanan ibunya untuk dikongsi bersama-sama warga WDI dan akhirnya terpaksa menghentikan serta-merta ucapan dengan pesanan tersebut.

Majlis meraikan persaraannya bertukar menjadi ‘majlis yang hiba’ seolah-oleh Mokhtar sebenarnya tidak bersedia untuk bersara. Namun kenapa beliau pilih untuk bersara awal.

Cakap-cakap mengatakan beliau mahu member peluang kepada orang di bawahnya mengecapi jawatan tinggi yang pernah beliau pegang. Apakah benar demikian?

Menurut laporan Unit Komunikasi Negeri (UKOM), sebahagian besar kakitangan awam turut menangis bersama-sama Mokhtar yang tidak mampu meneruskan ucapannya kerana amat terharu apabila mengenangkan pesanan itu serta kepiluannya meninggalkan rakan-rakan yang masih dalam perkhidmatan dan orang bawahannya.

Sepanjang tiga bulan beliau bercuti, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah, akan memangku jawatannya. Timbalan Setiusaha Kerajaan (Pengurusan), Husain Embong, berkata pesaraan Dato’ Mokhtar merupakan satu kehilangan besar bagi kerajaan negeri kerana beliau sentiasa komited dalam kerja.

Husaain berkata usaha gigih Dato’ Mokhtar meningkatkan mutu perkhidmatan kerajaan, mampu menaiktaraf mutu perkhimatan kerajaan negeri hingga mencapai tahap empat bintang mengikut penilaian MAMPU.“Sebagai kesimpulannya, Dato’ Mokhtar telah berjaya menjalankan tugas dengan sempurna dan saya percaya penggantinya selepas ini akan melaksanakan tugas dengan lebih cemerlang,” katanya.

Sebagai orang bawahan, pastilah Hussain akan memuji Mokhtar, namun apakah beliau seorang yang taat kepada ketuanya?

Siapa ketua Mokhtar? Atau apakah beliau menganggap dirinya ketua yang tidak wajar mematuhi arahan orang yang lebih tinggi daripada beliau iaitu Menteri Besar?

Bukan kerana Datuk Ahmad Said duduk di situ tetapi kalau orang lain pun, kerusi Menteri Besar paling berkuasa dan orang nombor satu di negeri.

Cakap-cakap mengatakan walaupun memasuki tahun kedua pemerintahan Ahmad Said, Mokhtar masih berkiblat kepada bekas Menteri Besar.

Beliau bagaikan ‘buat musuh’ dan ada tuduhan mengatakan beliau sengaja melengah dan menangguh-nangguhkan arahan Menteri Besar.

Banyak program Pejabat Menteri Besar dikatakan ‘terlekat’ di pejabat SUK, termasuk program membabitkan ‘turun padang Menteri Besar bertemu rakyat’.

Kelulusan untuk peruntukan dan pembayaran yang dipohon oleh pejabat Menteri Besar sering ‘tersangkut-sangkut’ dan pastinya orang melihat Mokhtar sebagai bertanggungjawab.

Apakah Mokhtar sebak kerana tidak lagi dapat ‘menahan’ atau ‘menyekat program Menteri Besar’ atau beliau sebenarnya sebak kerana memang gembira dengan bersara awal beliau mendapat beberapa keistimewaan yang tidak dinikmati oleh SUK sebelum ini.

Dan dengan mengambil keputusan bersara awal, apakah yang sebenarnya beliau dapat?

Beri ruang kepada orang bawahnya? Bersara dengan kenaikan pangkat?

Bersara dengan gaji dan kemudahan elaun penuh? Bersara dengan mendapat membeli kereta kerajaan dengan harga di bawah pasaran? Bersara dengan mendapat pelbagai kemudahan lain?
Ada pihak mengatakan Mokhtar turut mendapat ‘konsesi balak’> Benar atau tidak hanya Mokhtar yang tahu!

Ketika berkhidmat, Mokhtar adalah pengerusi jawatan kuasa tender dalam dalam beberapa penting negeri kerana kedudukannya sebagai SUK.

Dan apabila beberapa projek utama berkenaan menghadapi masalah seperti runtuh dan bocor, apakah beliau turut terpalit dengan siasatan?

Apakah Mokhtar memang mempengerusi projek-projek yang runtuh dan bocor? Apa peranan Mokhtar di dalamnya?

Apakah Mokhtar akan turut dipanggil sekiranya siasatan dilakukan untuk mencari jawapan, contohnya keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan?

Bersara awal bukan bermakna boleh melarikan daripada tanggungjawab.

Pada perhimpunan bulanan sebelum itu, Mokhtar menyelar blogger yang disifatkan oleh beliau sebagai mengarut.

Beliau meminta kakitangan kerajaan berhati-hati kerana sengaja mahu mengeruhkan keadaan.

Bagi Mokhtar sendiri, apakah peranannya sebagai orang tengah untuk menenang dan membersihkan politik Terengganu ketika kemelut Geng 10?



No comments:

Post a Comment