
“Kami minta Kerajaan Negeri menghidupkan sungai sebagai aset pelancongan kerana sungai memberi tarikan besar sebagaimana yang dilakukan negara luar seperti di Birmingham, England,” katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta rakyat berusaha menjaga kebersihan bagi memastikan standard kebersihan sungai dapat meningkatkan keyakinan rakyat untuk merealisasikan perkara berkenaan.

Pada masa sama, beliau turut menasihatkan pengusaha keropok losong di Kampung Losong Haji Su sentiasa merebut peluang memajukan kawasan itu dengan menjadikannya lokasi pelancongan kerana ia memiliki daya tarikan tersendiri.
Tengku Putera berkata, kawasan berkenaan berpotensi kerana berada di kawasan strategik, menarik, santai, nyaman dan sesuai untuk menarik pelancong dalam negeri dan luar negara.
Secara tidak langsung, ia dapat memperkenalkan negeri ini ke peringkat lebih tinggi.
“Mereka yang datang ke pangkalan ini juga boleh melihat Bandaraya Kuala Terengganu, Pulau Duyong dan Piala Monsun. Ini memberi tarikan lebih besar kepada mereka yang berkunjung.
“Cuma, pengusaha perlu memainkan peranan lebih baik dalam soal kebersihan, susun atur dan cara melayan tetamu,” katanya.
No comments:
Post a Comment