
Beliau berkata sejak tiga tahun lepas Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu mengimport kira-kira 7,000 ekor kambing yang bernilai lebih RM5 juta untuk dijadikan baka.
"Pada tahun 2011 nanti, Terengganu sudah boleh berdikari dan tidak perlu lagi mengimport baka kambing dari luar negara," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.
Menurutnya apabila disiapkan Pusat Bioteknologi Kaprima Bestari itu juga akan menyediakan latihan kepada penternak dan pengusaha dalam bidang permanian beradas buat haiwan itu, yang selama ini dilakukan pihak JPV.
Rozi berkata pelajar-pelajar universiti juga mungkin boleh membuat kajian bersama dalam bidang pembiakan baka kambing tersebut apabila pusat itu siap beroperasi nanti.
No comments:
Post a Comment