Monday, February 22, 2010

Bagaimana boleh sertai kursus haji percuma LTH?

Persoalannya bagaimana untuk menikuti kursus haji percuma Lembaga Tabung Haji (LTH) mulai awal bulan depan (Mac)?

Bagaimanakah mendapatkan maklumat mengenainya? LTH sepatutnya memberitahu dengan jelas bagaimana orang ramai boleh menyertainya.

LTH berkata ia akan memulakan siri bimbingan kursus haji secara terbuka kepada orang ramai di masjid terpilih yang akan diumumkan.

Pengarah LTH Terengganu, Mohammad Mokhzani Mukhtar berkata, kursus siri bimbingan haji akan diadakan sebanyak 16 siri seminggu sekali bermula awal Mac ini dan ia akan dilakukan berterusan seperti tahun lepas.

“Dalam kursus ini, pembimbing yang terlatih akan dilantik oleh LTH untuk me-ngajar modul tersebut bagi mengelakkan sebarang penipuan daripada individu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Menurutnya, pembimbing profesional dan terlatih ini ialah individu yang telah mengikuti muzakarah serta yang pernah bertugas menjadi pembimbing di Makkah sepanjang menguruskan jemaah haji.

“Oleh itu, kita mengharapkan orang ramai di negeri ini boleh menggunakan peluang yang diberi untuk menghadiri kursus berkenaan secara terbuka tanpa dikenakan sebarang syarat,” katanya.

No comments:

Post a Comment