
“Cabaran ini menguji tahap kecergasan pemimpin Rakan Muda yang serba boleh, berwibawa dan berkarisma supaya menjadi ikutan belia lain.
“Malah, penyertaan dalam cabaran ini juga memberi peluang kepada peserta bertukar idea dan pandangan dengan pihak yang akan ditemui, selain membantu mewujudkan semangat perpaduan mantap dalam suasana mesra dan harmonis,” katanya.
Husin berkata, pembabitan pemimpin rakan muda sebagai peserta dalam cabaran berkenaan juga adalah sebagai penghargaan kepada mereka, seterusnya diyakini dapat menambahkan semangat supaya lebih cergas serta bersedia memikul tanggungjawab dalam bidang kesukarelaan sebagai Ejen Perubahan Sosial.
“Menerusi program pendakian ini juga, pemimpin belia mempelajari sosial budaya berbilang kaum agar lebih sensitiviti dengan tata cara hidup masyarakat majmuk.
“Dalam pada itu, pemimpin belia juga berkesempatan berinteraksi dengan keindahan alam, khususnya Gunung Kinabalu,” katanya.
No comments:
Post a Comment