
Sepanjang diadakan pada tahun lalu beliau berkata, program MyDaftar didapati telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai termasuk di kawasan pedalaman.
''Usaha itu turut mendapat kerjasama wakil rakyat dan jabatan lain yang telah menyusun program yang sesuai bagi membolehkan penduduk setempat mendapatkan dokumen pengenalan diri masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program MyDaftar di Dewan Sivik Jabi dekat sini hari ini. Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Jabi, Ramlan Ali.
Sementara itu tambah Abu Bakar, peluang yang disediakan seumpama itu patut disambut baik oleh penduduk setempat.
Katanya, masih terdapat segelintir masyarakat yang tidak mengambil berat mengenai kepentingan dokumen pengenalan diri termasuk surat lahir yang akhirnya mendatangkan kesusahan.
''Ada rakyat kita yang berkahwin di luar negara enggan mendaftarkan perkahwinan mereka di negara ini yang akhirnya menyebabkan mereka sukar mendaftar kelahiran anak.
''Terdapat juga lelaki tempatan yang berkahwin dengan warganegara asing juga mengambil tindakan yang sama. Akhirnya mereka menghadapi masalah terutama apabila mempunyai anak kelak," katanya.
Beliau kesal kerana terdapat kalangan ibu bapa yang sanggup mengadakan upacara cukur jambul untuk anak-anak yang baru lahir tetapi bermasalah untuk mendaftarkan kelahiran
No comments:
Post a Comment