Terima kasih Sdr Ayob Mamat yang meminta saya mencerminkan diri. Saya cerminkan diri dan ternyata anda lebih cerdik dan hebat.
Banyak kebodohan dan kelemahan diri saya. Alhamdullilah, ia amat menyedarkan saya.
Ayob juga ada menyebut soal membantu MB. Hakikatnya, ramai yang mahu membantu MB. Kini terserlah, perkaranya ialah anda juga mahu tetapi tidak diminta.
Ruang terbuka luas sebenarnya. Cuma yang membezakan kita ialah, saya diminta, saudara tidak diminta. Entah di mana silapnya tidaklah diketahui!
Apapun, saya mengalah dan tidak mahu berpolimik kerana saya maksudkan tulisan saya kepada orang lain tetapi sebagai Presiden KAWAT memang anda wajar menjawab apabila KAWAT disentuh.
Tahniah juga kerana memuji rakan sekerja saya - Pengarah UKOM.
Berdasarkan cara anda membuat penelahan dan penelitian, anda layak menjadi Presiden KAWAT. Harapan saya anda terus menjawatnya.
Tanpa Ayob siapalah KAWAT dan KAWAT tidak akan menjadi sepertinya sekarang tanpa saudara.
Tahniah dan teruskan perjuangan membela nasib wartawan! Hidup Ayob, Hidup KAWAT!
No comments:
Post a Comment