Malaysia mengungguli enam kategori daripada lapan kategori yang dipertandingkan pada Kejohanan Lumba Jet Ski Dunia yang memasuki hari kedua, pada hari Jumaat.
Enam kategori tersebut ialah Novis Runabout 4-Stroke Stock Terbuka, Expert Runabout 800 Terbuka (Malaysia), Expert Runabout Terbuka, Expert Runabout Terbuka (Malaysia), Pro-Am Runabout 800 Terbuka dan Pro-Am Runabout Terbuka.
Dua lagi kategori iaitu Veteran Runabout Terbuka dan Wanita Runabout Terbuka, masing-masing didahului oleh peserta dari Thailand dan Amerika Syarikat.
Bagi kategori Novis Runabout 4-Stroke Stock Terbuka, Peter Hor dari pasukan Lt Kawasaki Racing mengungguli kategori tersebut selepas memperolehi 133 mata pada hari kedua mengatasi pencabar terdekatnya Hanif Shukri dari pasukan CTM yang memperolehi 101 mata.
Kategori Expert Runabout 800 Terbuka (Malaysia) pula, Mohd Nur Azahari Ahmat Baddri mempamerkan aksi yang konsisten apabila kekal ditangga teratas kategori dengan pungutan mata sebanyak 120.
Bagi kategori Expert Runabout Terbuka, Supak Settura dari pasukan WiraJet Sports and Marine mendahului dengan 120 mata.
Kategori Expert Runabout Terbuka (Malaysia) menyaksikan Ahmad Dawi Alias dari pasukan CTM Racing Team Ku ADEQ mengungguli kategori dengan catatan mata 96 manakala bagi kategori Pro-Am Runabout 800 Terbuka dan Pro-Am Runabout Terbuka, masing-masing dikuasai oleh Supadet Tiansai dari Eme Jetski Team Racing dengan 120 mata kedua-duanya.
Bagi kategori Veteran Runabout Terbuka, peserta dari Thailand Pichette Settura mengunggulinya dengan kumpulan mata 113 dan kategori Wanita Runabout Terbuka, Amy Frances Green, juara dunia wanita sebanyak tiga kali terus mendahului enam peserta lain dalam kategori berkenaan dengan pungutan mata 120.
Seramai 100 peserta dari dalam dan luar negara menyertai kejohanan yang diadakan di Pulau Duyong yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM82,500.
No comments:
Post a Comment