Saturday, February 6, 2010

Suspek kes bunuh akan dihantar ke pakar psikiatri

Suspek yang menikam bapa dan abangnya dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Duyung Wan Su, Duyung Besar di sini kelmarin, akan dirujuk kepada pakar psikiatri dalam waktu terdekat.

Menurut Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II negeri, Supritendan K. Manoharan, langkah itu bertujuan untuk mengesahkan sama ada suspek yang berusia 20 tahun mengalami masalah mental atau sebaliknya.

Beliau berkata, polis masih menjalankan siasatan termasuk bagi mendapatkan motif sebenar kejadian.

"Setakat ini kita dapati suspek mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua mangsa," katanya semalam.

Dalam kejadian semalam, seorang pemuda tergamak menikam bapanya sendiri, Che Mat Nik, 51, sehingga mati selepas menikam abangnya, Irwan Affandi di rumah mereka.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2 pagi apabila suspek dikatakan mendengar bisikan seorang gadis bernama Siti Aishah sebelum menikam abang dan bapanya dengan sebilah pisau Rambo.

Manoharan memberitahu, setakat ini, pihaknya masih gagal menjalankan ujian air kencing ke atas suspek memandangkan dia bertindak agresif semasa dalam tahanan.

Ditanya keadaan Irwan yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), beliau berkata, mangsa dalam keadaan stabil tetapi kritikal akibat kecederaan parah pada hatinya.

No comments:

Post a Comment