
Beliau berkata demikian dalam ucapan di majlis perasmian penutup program "Traning of Trainer"(TOT) dan Outreach Anti Dadah-Pembimbing Rakan Siswa (PRS) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berlangsung selama lima hari, kelmarin.
Katanya kitaran hidup seseorang penagih berkait rapat dengan persekitaran mereka.
"Pada peringkat awal, penglibatan seseorang penagih sudah tentu dipengaruhi oleh situasi kekeluargaan.
Selain itu alam persekolahan, pekerjaan, rakan-rakan sebaya dan faktor ekonomi turut menyumbang kepada penagihan dadah.
"Justeru, saya menyarankan agar semua anggota masyarakat khususnya keluarga, guru dan ketua masyarakat memainkan peranan dan bertindak segera bagi merealisasikan sasaran kita bahawa Malaysia akan bebas dari ancaman dadah pada 2015," katanya.
No comments:
Post a Comment