Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Rahin Mohd Said berkata ini kerana Fatihah, yang berasal dari Hulu Terengganu itu, hanya pelumba basikal bertaraf Sukan Komanwel dan bukan bertaraf Olimpik."Mana-mana atlet beraksi pada Sukan Olimpik seperti jaguh basikal Azizulhasni Awang tidak dibenarkan bertanding dalam SUKMA," katanya dihubungi semalam.
Katanya seorang lagi pelumba Terengganu yang layak menyertai temasya sukan SUKMA di Melaka mulai 10 hingga 19 Jun ini ialah Haris Salleh, yang turut mengikuti latihan bersama Fatihah di Australia.
Terengganu yang pertama kali muncul juara SUKMA ke-12 di Terengganu, menyasar untuk mempertahankan kejuaraannya dengan menyertai semua acara yang dipertandingkan dalam SUKMA Melaka nanti, katanya.
No comments:
Post a Comment