Monday, March 15, 2010

Bangga Dengan Usaha Ahmad Said

PENDAPAT...

Oleh Muda Mohamed

Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan Terengganu kerana mengambil berat kebajikan ahli sukan anak negeri.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Ahmad Said kerana mampu merealisasikan keupayaan Terengganu dalam sukan lumba basikal.

Yang penting bukan sekadar Anuar Manan dapat tanah dan wang tunai RM10,000.
Tetapi janji Menteri Besar hampir dikotakan.

Beliau yang berjanji akan menubuhkan sebuah pasukan Terengganu untuk menyertai kejohanan Lumba Basikal Le Tour de Langkawi (LtdL) tahun depan sudah menyerahkan tugas itu kepada Ecxo Belia bagi menubuhkannya.

Datuk Rahim Said kini mempunyi tugas yang mencabar bagi menjamin pasukan basikal Terengganu benar-benar menjadi kenyataan.

Rahim bukan sukar melakukannya kerana sebelum ini beliau sudah mampu menubuhkan pasukan bolasepak T-Team yang kini bermain dalam Liga Perdana.

Hakikatnya banyak pihak yang bersetuju untuk menilihat Terengganu menyertai kejohanan itu.
Ia bukan impian tetapi kenyataan. Terengganu tidak berharap kepada pelumba luar atau negeri lain.

Ia mempunyai kuatan tersendiri kerana ramai jaguh lumba basikal negara berasal dari Terengganu.

Ahmad Said tidak mengetuk tin kosong kerana buktinya ada pada kejohanan LTdL baru-baru ini.

Selain Anuar, tujuh lagi anak negeri Terengganu bertanding pada kejohanan itu.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada 'Raja Pecut' Kejohanan LTdL 2010, Anuar Manan yang bakal menerima durian runtuh selepas kerajaan Terengganu bersetuju menghadiahkannya wang tunai sebanyak RM10,000 dan sebidang tanah sebagai ganjaran kejayaannya.

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat mingguan Exco Kerajaan Negeri pada Rabu itu adalah keihkhlasan kerajaan negeri menghargai jasa pelumba basikal sensasi itu.

Dia bukan sekadar mengharumkan nama pasukan dan negara tetapi membawa harapan menggunung kepada negeri ini untuk menyertai dan memenangi LTdL tahun depan.

"Hadiah yang akan diterima oleh Anuar itu, sama seperti hadiah yang diberikan kepada pelumba basikal dunia Azizulhasni Awang sebagai mengiktiraf kejayaannya. Kejayaannya merupakan satu sejarah kepada negara," kata Ahmad Said kelmarin.

Anuar beruntung kerana tanah yang akan diberi kepada anak jati Kuala Ibai itu terletak dalam kawasan Kuala Terengganu.

No comments:

Post a Comment