Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn Bhd menyasarkan menarik kira-kira sejuta pelawat mengunjungi TTI tahun ini.
Pengerusi lembaga pengarahnya, Datuk Zakaria Awang berkata, sasaran itu pada masa sama akan membuka peluang perniagaan antara TTI dengan pelbagai pihak lain.
“Kita telah jalinkan kerjasama dengan Primula Beach Hotel dan kerjasama itu akan meningkatkan sinergi baru terhadap sektor pelancongan di negeri ini.
“Kita juga bersedia membuka ruang kepada syarikat lain di negeri ini bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang berorentasikan pelancongan,” katanya.
Kata Zakaria, pihaknya yakin akan menjadi penghubung kepada syarikat tempatan dengan tawaran mengadakan kerjasama itu.
Menurutnya, penawaran kerjasama tanpa had itu diyakini mampu menjadi perintis pada penawaran produk pelancongan secara bersepadu.
No comments:
Post a Comment