Tuesday, March 9, 2010

MB turun bendang & tangkap ikan

Bukan lagi turun padang tetapi turun bendang. Inilah yang berlaku di Kampung Durian Mas, Manir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mazlan Ngah serta Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku PuteraTengku Awang sama-sama mengharungi lumpur di bendang berkenaan.


Bukan sekadar menanam padi tetapi mereka dan penduduk kampung turut menangkap ikan di kawasan bendang berkenaan.


Lihatlah sendiri bagaimana MB dan rombongan dengan penduduk sama-sama ‘mencedung’.


Ahmad Said bersama penduduk setempat juga ‘bergelumang dalam lumpur’ menangkap ikan disaksikan penduduk setempat.



Terima kasih rakan-rakan di Facebook kerana mengirimkan gambar-gambar ini.

No comments:

Post a Comment