Saturday, March 20, 2010

MBKT gesa masyarakat jaga kebersihan


Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menggesa masyarakat di negeri ini menjaga kebersihan sebagai usaha mencegah wabak denggi dari terus meningkat sebagaimana saranan kerajaan.

Datuk Bandar MBKT, Datuk Adzlan Mohd Dagang berkata, pihaknya akan turun padang memantau semua kawasan terutamanya premis restoran makanan.

Menurutnya, setiap daripada pengusaha perlu memastikan premis mereka itu sentiasa berada dalam keadaan bersih dan memenuhi syarat yang ditetapkan MBKT.

“Kita akan lebih kerap melakukan pemantauan untuk meningkatkan tahap kebersihan di bandar raya ini. Malah, aktiviti gotong-royong juga akan dibuat secara berkala dengan melibatkan masyarakat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerjasama yang diberikan itu sangat penting dalam membantu pihaknya mengatasi masalah kekotoran yang disebabkan oleh sikap tidak prihatin segelintir pihak.

No comments:

Post a Comment