
Tiada siapa yang menggantikan beliau yang yang dikhabarkan sudah menempah baju terpaksalah tunggu dulu.
Begitu juga yang bercita-cita mahu menggantikan Ahmad Said perlu terima hakikat, kini belum masanya.
Semalam (3 Mac 2010), walaupun digembar-gemburkan Ahmad Said digantikan, beliau masih mempengerusikan mesyuarat Exco seperti biasa.
Ini adalah mesyuarat Exco pertamanya selepas tersebar sms kononnya beliau akan digantikan Mac ini. Tarikh-tarikh yang disebut ialah 1, 8 dan 18 Mac.
Namun sejauh ini tiada apa yang berlaku. Malah, semalam tiada seorang pun wartawan – termasuk dari Sinar Harian - mengemuakan soalan berkenaan pemecatan atau pengundurannya ketika siding media selepas mesyuarat berkenaan.
Mungkin wartawan – termasuk dari Sinar Harian – yang sering mensensasikan kononnya Ahmad Said akan digugurkan daripada Menteri Besar sudah mulai maklum bahawa lagi banyak dilaporkan, Ahmad Said akan semakin mendapat simpati rakyat.
No comments:
Post a Comment