Tuesday, March 16, 2010

Perpaduan terserlah melalui perarakan Maulidur Rasul
















Datuk Ahmad Said, Datuk Seri Hishammuddin dan Datuk Ahmad Shabery Cheek mengetuai perarakan Maulidur Rasul peringkat daerah Kemaman. – Gambar Zulkipli bin CW. Putera


Perpaduan terserlah dengan jelas apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said serta pemimpin pegawai kerajaan dan swasta menyertai perarakan Mulidur Rasul peringkat daerah Kemaman, Sabtu lalu.

Jika ada pihak menyatakan Ahmad Said dan Hishamuddin ‘renggang’, mereka sebenarnya cuba memecahbelahkan perpaduan kepimpinan negeri, khususnya di kalangan pemimpin UMNO di negeri ini.

Kesudian Hishamuddin menyertai perarakan yang turut disertai Datuk Ahmad Shabery Cheek yang juga Menteri Belia dan Sukan cukup membuktikan bahawa perpaduan di kalangan pemimpin UMNO Terengganu amat terserlah.

Mereka mengetuai perarakan yang membabitkan lebih 28,000 peserta mengelilingi bandar Cukai sejauh tujuh kilometer, melibatkan 405 kontinjen terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok muncul johan perbarisan peringkat sekolah rendah dan menggondol wang tunai RM5,000 manakala Tadika Kampung Tengah, Kijal johan peringkat pra-sekolah.

JKR Kemaman pula muncul johan kategori sepanduk terbaik antara jabatan kerajaan dan menerima wang tunai RM3,000 manakala kategori terbuka dimenangi Taman Perumahan Gong Pauh.


Kontijen daripada Kampung Che Wan, Kijal turut menyertai perbarisan.

No comments:

Post a Comment