Tuesday, March 16, 2010

Yayasan Terengganu beli bangunan di Mesir

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata, kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu telah membeli sebuah bangunan berharga RM16 juta berhampiran Universiti Mansurah di Mesir.

Ia bagi menempatkan pelajar Terengganu yang menuntut di pusat pengajian tinggi itu.
"Bangunan tersebut kini sedang diubah suai untuk dijadikan asrama dan dijangka dapat digunakan pada April depan," katanya.

Katanya, langkah menyediakan asrama itu merupakan sebahagian usaha kerajaan negeri untuk memberi kemudahan kepada pelajar tempatan.

No comments:

Post a Comment