
"Mereka menggunakan modus operandi dengan datang ke kedai mangsa untuk menukarkan not RM100 kepada RM50 sebelum meminta ditukarkan kepada not RM5 pula.
"Setelah mangsa memberikan RM5 ataupun RM50, kumpulan ini akan membuat helah tidak jadi untuk menukarkan wang itu dan meminta semula wang mereka...dan tanpa mangsa sedari wang yang dikembalikan kepadanya tidak sama dengan jumlah yang diberikan sebelum ini," katanya.
Beliau berkata kes pertama dan kedua masing-masing dilaporkan berlaku pada 24 dan 26 Feb lepas melibatkan seorang pekedai runcit di Seberang Takir di sini, dan seorang pembantu jurujual wanita di Paka.
Masing-masing yang berumur 34 dan 21 tahun mengalami kerugian sebanyak RM350 dan RM500, dan hanya menyedari tertipu setelah ketiga-tiga lelaki tersebut beredar.
"Kumpulan terbabit turut menggunakan taktik serupa ke atas seorang juruwang sebuah kedai runcit berusia 17 tahun di Kemaman pada Jumaat lepas, menyebabkan dia kerugian RM350," katanya.
Polis sedang menjejaki ketiga-tiga lelaki tersebut, kata beliau.
No comments:
Post a Comment