Tuesday, March 2, 2010

SELAMAT BERTUGAS WAN AHAMAD

Tahniah dan didoakan segalanya diberkati Allah kepada Haji Wan Ahamad Wan Muda.

Semalam beliau memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Difahamkan, oleh kerana ada urusan penting, beliau tidak masuk pejabat hari ini dan esok akan kembali bertugas. Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar itu sudah menamatkan kursus pendeknya di salah sebuah universiti ternama di London.

Yang pasti, ‘kepulangan ’Wan Ahamad akan ‘membawa bersama beberapa perkembangan baru dalam haba politik Terengganu kerana beliau menjadi ‘sasaran utama’penentang Ahmad Said sejak lebih setahun lalu.

Apapun, Wan Ahamad tidak akan terlepas daripada dua perkara utama di Terengganu.

Pertama, beliau adalah antara saksi penting yang akan dipanggil dalam perbicaraan seorang Datuk dalam kaitan sms ugut bunuh yang menyebabkan sejumlah ADUN UMNO tidak hadir pada sidang Dewan Undangan Negeri tahun lalu.

Bekas SUSK Menteri Besar itu dikatakan menghantar sms berkenaan daripada telefon bimbitnya.

Bukan sekadar beliau dan yang mengenali beliau menafikan Wan Ahamad tidak melakukannya tetapi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri ‘tidak percaya’Wan Ahamad melakukannya.

Kedua, rasanya Wan Ahamad tidak akan berdiam diri terhadap mereka yang ‘menuduh’dan cuba memalukan beliau dalam banyak perkara.

Apakah Wan Ahamad akan memulakan saman malu terhadap beberapa individu yang dirasakan ‘terlampau’dengan beliau termasuk penggendali blog tertentu?

Ternyata kepulangan Wan Ahamad ke perkhidmatan kerajaan negeri mulai hari ini akan ‘memanaskan’semula percakapan politik dan kaitan beliau dengan Menteri Besar.

Namun mulut tempayan mana boleh ditutup dan Wan Ahamad pastinya sudah ‘masak’’ dengan gelagat mereka yang ‘tidak menyukai’beliau.

Juga, bagi pihak Menteri Besar, beliau tahu risiko yang akan diambil dengan kedudukan Wan Ahamad sekarang.

Ahmad Said sudah biasa dengan gelora dan gelombang. Kerana itu beliau berani untuk ‘berumah di tepi pantai’.

No comments:

Post a Comment