
"Kita yakin apabila filem itu mengadakan penggambaran di negeri ini, ia memberi kelebihan kepada Terengganu apabila tempat-tempat menarik dalam filem itu akan ditonton oleh peminat filem Hindi di seluruh dunia," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Primula Beach Hotel Sdn Bhd dan Taman Tamadun Islam (TTI) Management Sdn Bhd di Kuala Terengganu petang semalam.
Sementara itu, Ahmad berkata kerajaan negeri menempah sebuah bot kaca berharga lebih RM3 juta bagi merancakkan lagi aktiviti pelancongan terutamanya di Pulau Redang dan Pulau Perhentian.
Katanya, bot berkenaan berbentuk seperti tongkang dengan dinding diperbuat daripada kaca bagi membolehkan pelancong melihat kehidupan laut manakala bahagian atas pula terdapat ruang makan dan minum.
"Kita buat sebuah dulu untuk lihat sambutan pelancong terhadap bot berkenaan. Kalau ia memberi sambutan yang baik, kita akan tambah lagi," katanya.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment