Thursday, April 22, 2010

APMM Akan Bina Pusat Latihan Di Kuantan

Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) akan membina sebuah pusat latihan Maritim Malaysia yang pertama di pantai timur berharga lebih RM200 juta di Kuantan, Pahang.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Timur Laksamana Pertama Maritim Datuk Ismail Hamzah berkata kerajaan negeri Pahang menyumbang satu kawasan seluas 200 ekar di Gebeng bagi tujuan pembinaan pusat latihan itu.

"Kami jangka pusat ini akan beroperasi tahun depan dan ia merupakan sebuah pusat latihan APMM yang terbesar," katanya selepas majlis perasmian Kelab Sukan dan Kebajikan Daerah Maritim Kuala Terengganu semalam.

Turut hadir ialah Ketua Penguatkuasa Maritim APMM Daerah Kuala Terengganu Komander Maritim Syed Mohd Fuzi Syed Hasan.

Ismail berkata pusat latihan itu nanti akan berperanan sebagai akademi untuk latihan kepada pegawai-pegawai dan juga akademi kepada pegawai-pegawai lantikan terus.

Beliau berkata pusat itu nanti mampu melatih sehingga 1,000 anggota dan buat peringkat permulaan ia mungkin akan melatih 100 orang sahaja, bergantung kepada keperluan.

No comments:

Post a Comment