
"Kita akan mengadakan kawalan sepanjang masa di tiga kawasan tersebut mengikut kemampuan aset yang kita ada bagi mengelak kejadian seumpama itu berulang pada masa akan datang," katanya semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi Isnin lepas, sebuah kapal membawa muatan bitumen yang dalam perjalanan dari Thailand menuju Pelabuhan Kemaman dirompak sekumpulan 12 lelaki yang bersenjatakan pistol dan parang.
Perompak yang dipercayai dari Indonesia itu menghampiri kapal dagang tersebut dengan sebuah bot dan mengarahkannya berhenti sebelum merompak beberapa barangan seperti komputer riba, dokumen dan jam tangan milik 13 anak kapal berkenaan.
Ismail berkata tiga kawasan tersebut dikategorikan sebagai kawasan berkepentingan yang perlu dikawal rapi bagi menjamin keselamatan kapal dagang yang melalui perairan itu.
"Walaupun kawasan maritim luas dan kita terlepas kawal, tapi kita akan teruskan penguatkuasaan kawalan mengikut keupayaan dan aset yang kita ada" katanya.
Beliau juga meminta kerjasama orang ramai terutama anak kapal dan nelayan agar segera memaklumkan kepada APMM mengenai lokasi sebenar mereka jika berlaku kejadian diancam lanun atau perompak bagi memudahkan bantuan.
No comments:
Post a Comment