Pengarah Jabatan Kesihatan Terengganu Dr Nordiyanah Hassan berkata keadaan jangkitan Influenza A (H1N1) di Terengganu masih terkawal.
Menurutnya, pemantauan terhadap H1N1 sentiasa dibuat, walaupun ada satu dua kes dikesan ianya masih lagi terkawal.
Sehingga ini belum ada kes kematian disebabkan H1N1 di Terengganu setakat tahun ini.
Bagaimanapun pihaknya memberi perhatian serius terhadap pesakit yang mengalami simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI).
"Pemantauan terhadap H1N1 sentiasa dibuat, walaupun ada satu dua kes dikesan ianya masih lagi terkawal dan belum ada kes kematian disebabkan H1N1 di Terengganu setakat tahun ini," katanya.
Semalam, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata Malaysia masih belum mengalami gelombang kedua influenza A (H1N1) tetapi ia tidak bermakna masyarakat boleh mengambil mudah mengenai tahap penularannya.
Beliau berkata individu yang mengalami demam, batuk atau selesema atau simptom H1N1 dinasihatkan segera mendapatkan rawatan dan orang ramai pula digalakkan mengambil langkah pencegahan seperti memakai topeng penutup mulut dan hidung apabila berada di tempat awam.
"Perkembangan sekarang memang ada lagi kluster-kluster yang kecil...dia (H1N1) tak merebak kepada masyarakat dan keadaan memang terkawal.
"Saya nak tegaskan, ini bukan gelombang kedua H1N1 tapi tanda-tanda peningkatan itu memang ada dan kita ingin ingatkan orang ramai supaya bersiap sedia menghadapi wabak gelombang kedua," katanya di lobi Parlimen di Kuala Lumpur.
Sehingga Sabtu lepas, jumlah terkumpul kematian akibat H1N1 dilaporkan melibatkan 79 orang.
No comments:
Post a Comment