Tuesday, April 6, 2010

Penggal Ketiga Sidang DUN Terengganu Bermula


Tengku Sri Panglima Raja memeriksa Barisan Kawalan Kehormatan diiringi Ketua Polis Negeri, Senior Asisten Komisioner I, Dato’ Mohd Shukri Dahlan.

Sumber: UKOM

Istiadat pembukaan penggal persidangan yang ketiga, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 selamat disempurnakan pagi semalam oleh Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja, Yang Teramat Mulia Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Sebelum istiadat itu, ketibaan beliau yang diirngi isteri, To’ Puan Sri Wan Hidayah Wan Ismail, di perkarangan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman kira-kira jam 10 pagi (5 April), disambut Yang Dipertua DUN Terengganu, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang dan isteri To’ Puan Halijah Ali serta Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said dan isteri To’ Puan Norliza Mahmud.

Antara kenamaan yang hadir ialah Kerabat-kerabat Raja, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-ahli Dewan Pangkuan Di-Raja Terengganu; Orang-orang Besar Raja; Ahli-ahli Darjah Kebesaran Negeri; Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri/Dewan Negara dan pegawai-pegawai kerajaan.

Tengku Sri Panglima Raja kemudiannya memeriksa barisan kawalan kehormat daripada Unit 6, Pasukan Simpanan Persekutuan Terengganu, diiringi Ketua Polis Terengganu, SAC 1 Dato’ Mohd Shukri Dahlan.

Penggal persidangan yang ketiga DUN ke 12 ini akan berlangsung selama empat hari bermula hari ini dan berakhir Khamis (8 April).

Antara agenda yang akan dibincangkan dalam persidangan itu termasuk pembentangan kertas kerja dan laporan penyata kewangan Yayasan Islam Terengganu dan Kumpulan Wang Pembangunan Hutan Negeri Terengganu.

Laporan Ketua Audit Negara berkaiant penyata kewangan kerajaan negeri dan pengurusan kewangan jabatan dan agensi negeri; soalan-soalan yang telah diberi notis, usul-usul yang telah diberi notis dan dua rang undang-undang berkait Enakmen Tanah Simpan bagi orang-orang Melayu.

No comments:

Post a Comment