Thursday, April 22, 2010

Jumlah pelajar ijazah sarjana, PhD meningkat di UMT

Sebanyak 427 penuntut siswazah mengikuti kursus peringkat sarjana di Sekolah Siswazah Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Manakala seramai 86 lagi pelajar siswazah mengikuti kursus peringkat kedoktoran.
Beliau berkata, jumlah pelajar dijangka meningkatkan dengan pengambilan baru yang akan bermula pada Julai ini.

Naib Canselor UMT, Prof. Dr. Aziz Deraman memberitahu, sejak skim itu diperkenalkan pada 2002, seramai 87 pelajar siswazah UMT telah menerima biasiswa tersebut yang berjumlah RM1.856 juta.

Beliau melahirkan harapan agar kerajaan akan terus membantu para siswazah dalam menjalankan penyelidikan dan kajian dengan menyediakan skim-skim bantuan kewangan.

''Pelajar memerlukan bantuan dalam melakukan penyelidikan dan kajian kerana mereka tidak mampu untuk membiayai kajian berkenaan.

''Bagi pihak pelajar pula, mereka perlu melakukan kajian dengan baik sehingga menerima ijazah supaya bantuan yang diberi tidak sia-sia,'' tambahnya.

Sementara itu sebanyak enam siswazah UMT berjaya menerima Biasiswa Pasca Siswazah (PGD) untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana pada tahun ini.

Katanya, skim biasiswa yang ditawarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi itu merupakan skim pra-perkhidmatan bagi pelajar ijazah lanjutan peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang sains, teknologi dan inovasi secara penyelidikan sepenuh masa.

Jelasnya, di bawah skim itu mereka akan menerima elaun sara hidup sebanyak RM1,300 sebulan bagi pelajar sarjana dan RM1,500 sebulan untuk peringkat kedoktoran.

''Insentif itu turut merangkumi pembayaran yuran pengajian termasuk yuran pendaftaran dan sekali yuran seminar dalam negara dan yuran peperiksaan," katanya pada majlis penyerahan biasiswa tersebut di UMT baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment