Thursday, April 22, 2010

Terengganu kembali bertenaga tewaskan Johor 6-3

Terengganu kini kembali menghambat Selangor selepas ‘adiknya’ TTeam berjaya menewaskan Johor FC yang menewaskan Terengganu sebelum itu.

Dengan kekalahan kepada TTeam, Johor FC yang seketika menduduki tangga kedua Liga Super gagal merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Selangor apabila tewas 1-0 kepada T-Team di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam kelmarin.

Jangan tunggal Abdul Hadi Yahya pada minit ke-42 itu menyebabkan Johor FC tidak berganjak dengan 22 mata secara keseluruhan manakala Selangor kekal selaku pendahulu dengan 26 mata.

Kekalahan itu juga menyebabkan Johor FC jatuh ke tangga keempat liga setelah Terengganu dan Kelantan menewaskan lawan masing-masing.

Terengganu berpesta gol apabila menewaskan Johor 6-3 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos dan berganjak ke kedudukan kedua liga setelah mengumpul 23 mata.

Manakala satu lagi pasukan dari pantai timur, Kelantan menewaskan Kuala Lumpur dengan keputusan 3-0.
Dua gol sumbangan Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-18 dan ke-22 serta satu gol daripada Mohd Badri Radzi pada minit ke-47 membolehkan Kelantan meneruskan rentak kemenangan di Stadium Sultan Muhammed ke-IV.

Juara Piala FA 2010, Negeri Sembilan pula terus dirundum malang apabila tewas kepada Perak di Stadium Perak di Ipoh dengan keputusan 2-1.

Dua gol tuan rumah dijaringkan oleh Shafuan Adli Shaari pada minit ke-10 dan ke-72 manakala Shahruain Abu Samah menjaringkan gol tunggal pelawat pada minit ke-52.

Kedah yang juga naib juara Piala FA 2010 turut menerima nasib sama apabila tewas 3-2 kepada pasukan berstatus kelab, KL Plus di Stadium Darulaman, Alor Setar.

Pelawat menjaringkan dua gol melalui Mohd Badril Hisani pada minit ke-24 dan ke-76 manakala Mohd Fadzli Saari menyumbang satu gol pada minit ke-31 sementara tuan rumah menjaringkan dua gol melalui Baddrol Bakhtiar pada minit ke-43 dan ke-79.

No comments:

Post a Comment