Thursday, April 22, 2010

Kes ILI turut Dilaporkan di Terengganu

Enam lagi kes kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) dilaporkan di enam negeri sehingga pukul 8 pagi semalam, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata enam negeri itu adalah Kedah, Sarawak, Kuala Lumpur, Perak, Selangor dan Terengganu di mana kes di Kedah membabitkan Syarikat Body Fashion (M) Sdn Bhd di Kulim Industrial Estate sementara di Sarawak dilaporkan di Tadika Little Caterpillar Childcare Centre, Bintulu dan di Kuala Lumpur di Perumahan Polis Desana Aman 1, Pantai Dalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan hari ini, kes lain dilaporkan di Asrama Sekolah Menengah Iskandar Shah Parit, Perak, Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam, Selangor dan Sekolah Menengah Sri Serating, Marang Terengganu.

Dr Mohd Ismail berkata sejumlah 41 kes disahkan Influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga pukul 5.30 petang semalam menjadikan jumlah keseluruhan 13,199 kes.

Jumlah kes ILI yang masih dirawat dalam wad di seluruh negara pula katanya sebanyak 570 kes dan 67 daripadanya disahkan positif influenza A (H1N1).

"Bilangan dirawat di Unit Rawatan Rapi adalah 13 kes di mana sepuluh daripadanya mempunyai faktor risiko, masih tiada laporan kematian diterima setakat semalam," katanya.

No comments:

Post a Comment