Thursday, April 8, 2010

Ramai Nama Dikeluarkan Daripada Senarai Kemiskinan

Terengganu berjaya mengeluarkan ramai rakyatnya keluar daripada senarai kemiskinan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini hasil program-program bantuan yang dilakukan oleh kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Ashaari Idris berkata Terengganu kini menduduki tangga kelima kemiskinan tegar berbanding akhir tahun lepas di tangga ketiga dan masih menduduki tangga ketiga untuk kategori miskin.

"Terengganu jadi negeri yang pertama berjaya mengeluarkan begitu ramai keluar daripada senarai miskin tegar iaitu seramai 1,824 orang daripada 3,180 orang akhir tahun lepas," katanya pada sesi penggulungan Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu Kali ke-12 di sini Rabu.

Katanya pada keseluruhannya laporan terbaru kedudukan dalam hal basmi kemiskinan berbanding akhir tahun lepas, Terengganu masih mempunyai seramai 10,268 orang yang miskin berbanding 9,924 orang tahun lepas.

Beliau berkata jumlah itu meningkat kerana kerajaan berjaya mengurangkan jumlah kelompok miskin tegar seramai 1,356 orang.

No comments:

Post a Comment