Sunday, April 4, 2010

RM20j untuk tingkatkan taraf kesihatan, kebajikan

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr. A. Rahman Mokhtar berkata, kerajaan negeri telah meluluskan peruntukan RM20 juta untuk meningkatkan taraf kesihatan dan kebajikan rakyat negeri ini.

Katanya, ia termasuk mewujudkan Tabung Penyakit Kronik membabitkan peruntukan RM10 juta bagi menyediakan bantuan rawatan dan pembelian peralatan kepada rakyat yang disahkan menghidap penyakit kronik antaranya seperti jantung, kanser dan buah pinggang.

"Sejumlah RM10 juta lagi diperuntukkan di bawah Tabung Insurans Perubatan dan kematian yang menyediakan bantuan kemudahan rawatan serta khairat kematian kepada rakyat, “ katanya.

Beliau berkata demikian selepas perasmian program Jururawat Bersama Masyarakat peringkat daerah Besut dan Hari Terbuka Hospital Besut di Jerteh kelmarin.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut berkata tabung ini diseragamkan antara portfolio Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan bagi membolehkan rakyat menerima manfaat daripada perkhidmatan kesihatan dan perlindungan insurans serta khairat kematian.

No comments:

Post a Comment