Thursday, April 8, 2010

Toh Pengerusi Perhubungan MCA Terengganu yang baru

Pengumuman Jawatankuasa Pusat MCA oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, di Kuala Lumpur turut membabitkan Pengerusi Perhubungan MCA yang baru bagi Terengganu.

Toh Chin Yaw iaitu Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Perindustrian dan Alam Sekitar Negeri, dilantik menjadi Pengerusi Perhubungan MCA Terengganu yang baru.

Selain Toh yang juga , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Bandar, muka baru lain bagi pengerusi perhubungan negeri membabitkan Dr Poh Choo Chor (Perlis), Datuk Chong Itt Chew (Kedah), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Pulau Pinang dan Kelantan), Datuk Donald Lim (Selangor), Dr Chua (Perak dan Johor), Dr Yeow (Negeri Sembilan), Datuk Gan Tian Loo (Melaka) dan Datuk Seri Liow Tiong Lai (Pahang).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Kong Cho Ha Rabu dilantik sebagai setiausaha agung manakala Datuk Seri Tan Chai Ho sebagai bendahari agung MCA.

Selain itu, Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik semula dalam Majlis Presiden selepas kedua-dua mereka dipecat oleh bekas presiden Datuk Seri Ong Tee Keat November lepas.

Pelantikan mereka dalam Majlis Presiden adalah berdasarkan kedudukan masing-masing sebagai ketua sayap MCA itu.

Terdahulu itu, Dr Chua mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA yang pertama selepas pemilihan semula kepimpinan pusat pada 28 Mac lalu.

Dr Chua berkata mesyuarat selama tiga jam itu turut membincangkan beberapa isu semasa termasuk pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Rancangan Malaysia ke-10.

No comments:

Post a Comment