Sebanyak 24 jenis jodol buku berlatarbelakangkan negeri Terengganu akan dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Ahmad Said pada Malam PEWARTA 2010 di kediaman Menteri Besar , Seri Iman Kuala Terengganu.
Buku yang yang baru siap dicetak (2010) hasil karya ahli PEWARTA sendiri itu akan turut dipamerkan seiringan Mesyuarat Agung Persatuan Wartawan Terengganu pada 6 Jun ini.
Menurut Timbalan Presiden PEWARTA, Mohamed Jusoh, ahli PEWARTA bukan sahaja menulis berita dan rencana tapi juga menulis untuk majalah, buku-buku sejarah dan novel serta sastera berupakan puisi, drama dan gurindam.
Katanya, PEWARTA semakin terserlah memberi didikan dalam bidang kewartawanan serta menyumbangkan buah fikiran dan jasa bakti kepada masyarakat dan negeri ini.
Malam PEWARTA ini adalah kali kedua sejak lima tahun amat menarik sekali kerana akan turut diadakan majlis anugerah Tokoh Wartawan dan Masyarakat akan disempurnakan oleh Ahmad Said.
Kira-kira 500 orang dari kalangan wartawan dan bekas wartawan dijangka akan hadir bagi memeriahkan Malam Pewarta 2010 itu.
Mohamed berkata pihaknya menjemput semua wartawan yang pernah berkhidmat di Terengganu, tidak kira di mana mereka berada, sama ada mereka masih bertugas atau sudah bersara, kita jemput semua.
Sempena program itu, juga, Kursus Asas Kewartawanan dan Kewartawanan Lanjutan akan diadakan pada 5, 6, 7 dan 8 Jun ini bertempat di Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Terengganu (Perkaya) di Pulau Kerengga, Marang.
Katanya, kursus anjuran bersama Perkaya dengan Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim) itu akan disertai seramai 80 anak yatim dari seluruh negara dan mereka turut diberi peluang mengadakan lawatan sambil belajar ke kilang Utusan Melayu (M) Bhd. di Gong Badak di Kuala Terengganu.
Selain itu, jemputan Malam Pewarta 2010 yang diadakan di kediaman Menteri Besar, di Sri Iman pada 6 Jun ini berpeluang memenangi tiket penerbangan pergi balik dari Kuala Terengganu-Jogjakarta dan Kuala Terengganu-Singapura.
Timbalan Presiden Persatuan Wartawan Terengganu (Pewarta), Mohamed Jusoh berkata, tiket-tiket itu terdiri daripada dua tiket sumbangan Penerbangan Malaysia (MAS) dan enam tiket yang disumbangkan Firefly.
Katanya, dua tiket sumbangan MAS itu membolehkan pemenang menaiki penerbangan pergi balik Kuala Terengganu- Jogjakarta manakala tiket sumbangan Firefly untuk penerbangan Kuala Terengganu ke Singapura dan Subang.
"Selain tiket penerbangan, hadirin berpeluang memenangi hadiah lain yang turut disumbangkan oleh gedung beli-belah Mydin, Giant, Sabasun dan Nor Arfa Batik.
No comments:
Post a Comment