Wednesday, May 26, 2010

340 Pemain Muda Berentap Pada Kejohanan Sirkit Akhir Di Kuantan

Kejohanan Badminton Sirkit Akhir Remaja Kebangsaan 100Plus 2010 di Kuantan, Pahang, mulai Rabu ini menyaksikan Terengganu diletakkan dalam Zon A.

Selain Terengganu Zon A terdiri daripada negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan.

Zon B membabitkan Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur manakala Zon C terdiri daripada negeri Sabah dan Sarawak.

Kejohanan merupakan medan pemilihan pemain berbakat untuk diserapkan ke dalam dalam skuad pelapis negara.

Kejohanan remaja itu telah melahirkan beberapa pemain kebangsaan sebelum ini seperi beregu nombor satu dunia, Tan Boon Heong/Koo Kien Keat dan pemain Piala Thomas Hoon Thein How, Sannatasah Saniru dan pemain Piala Uber Sonia Cheah.

Pengurus Hal-Ehwal Kebangsaan Korporat Fraser & Neave (F&N) Datuk Kamal Harun berkata pegawai Persatuan Badminton Malaysia (BAM) akan memantau persembahan para pemain.

Seramai 340 pemain layak untuk bersaing dalam empat kategori pada sirkit akhir iaitu dalam acara bawah 12 tahun, bawah 14, bawah 16 dan bawah 18 tahun, katanya semalam.

Kejohanan lima hari itu akan berlangsung di Dewan Persatuan Badminton Pahang di Kuantan selepas tiga pusingan peringkat zon diadakan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment