Monday, May 24, 2010

Ada yang simpati dengan Ahmad Said

Tajuk asal - Buku Kemelut Politik Terengganu : Ada yang simpati dengan MB Sabtu, 2010 Mei 22)



Oleh Zamzuri Damanhuri (www.citra-bangsa.blogspot.com)

BARU-BARU ini, saya berkesempatan duduk minum dan berbual-bual dengan orang kuat Umno Bahagian Sri Gading, Johor. Ahmad Salleh atau lebih mesra dengan panggilan Pak Habib bertanya; “Awak dah baca buku Kemelut Politik Terengganu?”.
Saya menjawab, “belum.”

Kata Pak Habib, “Awak kena baca. Saya dah baca. Buku itu saya terima dari YB Datuk Mohamad (Aziz) Ahli Parlimen Sri Gading.

“Saya dah baca habis. Isteri saya juga dah baca habis. Sedap betul cara buku itu ditulis.” Kata Pak Habib. Abang Zek, Yusof Datuk Mohamad dan Khairul ada sama ketika Pak Habib bercakap pasal buku Kemelut Politik Terengganu.

“Bila habis saya baca, saya simpati betul dengan Datuk Ahmad Said. Bacalah. Awal kena baca,” kata Pak Habib berkali-kali.

Saya mengangguk-angguk. Saya tidak jawab apa-apa.

Barulah saya tahu, rupa-rupanya Kemelut Politik Terengganu bukan sahaja orang politik Terengganu sahaja kena baca, tetapi orang Johor juga turut membacanya. Malahan, orang politik Johor pun turut simpati dengan apa yang menimpa Datuk Ahmad Said.

Malangnya, orang Terengganu sendiri, khususnya yang pro Idris Jusoh tidak mempunyai perasaan seperti orang politik dari Johor. Mereka bukan sahaja tidak simpati dengan Datuk Ahmad, malahan mereka bekerja siang dan malam untuk menjatuhkan kepimpinan Datuk Ahmad Said.
Lebih malang lagi, sesiapa sahaja, terutamanya ketua Umno bahagian di Terengganu sekarang, jika dilihat pro Menteri Besar Terengganu, ketua bahagian ini akan menerima akibat. Ketua bahagian ini akan diserang.

Baru-baru ini, Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Dr. Rosli Mat Hassan menjadi sasaran serangan seorang blogger bernama Jailani Harun. Blogger ini digelar sebagai ‘penulis upahan’ oleh beberapa blogger lain, kerana cuba melaga-lagakan ketua bahagian dengan Ahli Parlimen Dungun, Matulidi Jusoh.

Ada juga yang mendakwa apa yang Jailani Harun tulis itu adalah permintaan dan kehendak Matulidi sendiri.

Namun, dakwaan itu tidak siapa yang dapat membuktikannya cuma, secara jelasnya, Jailani memuji dan mengangkat Matulidi dan dalam masa yang sama menginjak-injak ketua bahagian yang ketika itu berada di luar negara kerana urusan kerjadan urusan negara.

Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Terengganu sepatutnya melihat keadaan ini secara mendalam kerana orang-orang parti yang berusaha memburuk-burukan parti, seperti apa yang berlaku di bahagian Dungun, perlu disingkirkan dari senarai menjadi calon.

Sebenarnya, sebagai ahli parti, mereka sebenarnya mempunyai tugas dan tanggungjawab memperkuatkan parti dan bukan menyerang sama-sama sendiri, yang akhirnya parti sendiri akan rugi.

Mereka lupa, mereka bertanding kerana mewakili parti walaupun sebahagian dari mereka bukan ketua bahagian.

Orang-orang seperti ini sebenarnya tidak pernah merasa terhutang budi kepada ketua bahagian yang membantunya ketika mereka terpilih menjadi calon dahulu.
Orang-orang seperti ini merasakan dia terpilih menjadi calon kerana mereka hebat dan mereka adalah kesayangan ‘tauke’ politik mereka – yang mana tauke politik mereka sudah tidak lagi menjadi ‘orang besar’ di dalam politik Terengganu.

Betullah apa yang dibuat oleh penulis Zainal Yusof apabila menyiapkan buku Kemelut Politik Terengganu supaya ia menjadi satu rakaman dan catatan untuk rujukan generasi akan datang.

Jika tidak, tiada siapa yang tahu kisah sebenarnya apa yang dikatakan ‘kemelut’ politik di Terengganu dan masing-masing membuat tafsiran sendiri, kononnya dalam politik Terengganu, hanya Datuk Idris Jusoh sahaja ‘pembikin tamadun’ sementara orang lain, mahu dijadikan ‘kambing hitam’.

Kalau baca blog Abdul Mubin Ismail, tentu ramai yang termuntah kerana semua perkara yang dibuat oleh Datuk Ahmad Said akan dianggap tidak baik kerana dia hanya nampak Terengganu adalah milik mutlak Idris Jusoh dan Din Adam.

Budak Abdul Mubin Ismail ini tidak peduli apa isu yang berlaku, dia akan menulis untuk terus menghina Menteri Besar.

Dalam masa yang sama, dia akan menghina segala rancangan, visi dan misi Menteri Besar dengan bahasa yang cukup kotor, jijik dan hina, seperti sesiapa yang melihat wajahnya dengan ‘topeng muka’ yang dipakainyaakan menyebabkan ada yang loya-loya.....

No comments:

Post a Comment