Saturday, May 29, 2010

DEWAN BEDAH SETIU - BILAKAH GERANGAN AKAN DIPERBAIKI?

Oleh Hambali Abdul Latiff

“Orang politik macam tong sampah...”- Gambar Zulkifli Putra

Sekali lagi Datuk Ahmad Said menyebut orang politik bagaikan ‘tong sampah” Rabu lalu.
Katanya setiap kemarahan rakyat dan kritikan pembangkang ditujukan kepada orang politik, walaupun pegawai kerajaan atau pentadbir yang menyebabkannya.

Menteri Besar Terengganu itu wajar berang kerana banyak kecaman rakyat yang ditujukan kepada pentadbirannya sebenarnya bukan disebebkan oleh orang politik.

Yang melaku atau melambatkan sesuatu projek yang dilaksana atau membaikpulih di Terengganu kebanyakannya adalah pada peringkat pentadbiran Pusat dan kontraktor.
Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Dewan Bedah Hospital Setiu yang tidak selesai-selesai masalahnya!

Selepas boleh digunakan sekejab selepas ia dibina pada 2003 lalu, dewan bedah itu terpaksa ditutup.

Akibatnya? Rakyat di kawasan Setiu marah kepada kerajaan kerana dewan bedah itu tidak boleh dipakai.

Akibatnya mereka terpaksa ke Hospital Jertehm Kota Bharu atau Kuala Terengganu.
Hospital Setiu yang berharga RM65.8 juta mula digunakan pada tahun 2003 tetapi untuk beberapa bulan sahaja.

Ia kemudian terpaksa ditutup, namun sehingga kini dewan bedahnya masih tidak dapat digunakan setelah mengalami beberapa masalah.

Antara masalah yang menyebabkan ia tidak dapat digunakan termasuk kebocoran bumbung dan masalah hama yang mengakibatkan udara di dalam dewan bedah tercemar sekaligus tidak dapat digunakan untuk pembedahan.

Salah wakil rakyat atau orang politikkah dalam perkara seperti ini?

Dr Abdul Rahman memerhatikan dokumen mengenai dewan bedah berkenaan pada ketika Menteri Besar sedang memperkatakan mengenai isu berkenaan pada sidang media Rabu lalu.

Hospital ini siap ketika PAS memerintah lagi dan kemudian diambil alih oleh Barisan Nasional pun tidak selesai.

Pada tempoh 2004 hingga 2008, ia tidak juga dibaikpulih walaupun kerajaan negeri turut menegur pihak yang terbabit.

Dan selepas dua tahun Ahmad Said menjadi Menteri Besar, dewan bedah berkenaan tidak siap-siap juga dipebaiki.

Dan apabila Ahmad Said berang, ada pihak mengatakan Ahmad Said tidak sabar atau sengaja menjadikannya isu.

Isu apa? Isunya bukan kerana Ahmad Said sengaja mencari publisiti murahan atau beliau memang suka mencetus ‘kontroversi’ tetapi beliau bercakap atas kepentingan rakyat di Setiu.

Awal tahun ini beliau ‘sudah ‘bising tetapi sehingga kini, nampaknya pihak yang bertanggungjawab seperti Jabatan Kerja Raya dan kontraktor yang membinanya bagaikan lepas tangan.

Ahmad Said pada 26 Mei lalu sekali lagi mengulangi kesalan kekecewaannya kerana masalah di dewan bedah Hospital Setiu kini sudah berkisar hampir tujuh tahun.

Mana tidak marahnya kerana masalah masih tidak diatasi walaupun sudah beberapa kali perkara itu dibangkitkannya.

Beliau difahamkan beberapa lawatan sudah diadakan oleh pihak yang berkenaan, namun sehinga kini JKR masih belum dapat membuat sebarang keputusan muktamad untuk menjalankan kerja-kerja pembaikian dewan bedah itu.

"Bagi saya ini satu perbuatan yang cuai, tidak bertanggungjawab dan kalau saya, saya tidak boleh maafkan perkara ini kerana ia bukan sahaja membazir wang, malah rakyat tidak mendapat faedah yang sepatutnya mereka perolehi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Kuala Terenggany, Rabu lalu.

Gara-gara kelewatan itu pelbagai pihak menyalahkan orang politik dan jelas akibat kecuaian dan kelambatan oleh kakitangan jabatan terbabit, ‘semua kemarahan dilemparkan kepada orang politik’.

“Kita ni macam bakul sampah...tempat orang lempar kemarahan...” katanya.

Difahamkan, Rabu lalu, Menteri Besar dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Mokhtar sudah pun menyatakan pendirian kerajaan negeri kepada pegawai Jabatan Kesihatan Terengganu mengenai perkara ini.

No comments:

Post a Comment