
"Pada tahun lepas JKDM Terengganu membuat kutipan sebanyak RM480 juta daripada RM500 juta yang kita sasarkan, tetapi pada tahun ini kami yakin kutipan itu akan meningkat.
"Lebih 90 peratus kutipan itu disumbangkan oleh cukai yang dikutip daripada industri gas dan petroleum, dan setakat bulan lepas kita berjaya membuat kutipan sebanyak RM127 juta," katanya selepas program ujian kemahiran menembak jemputan jabatan itu di Lapang Sasar Lembah Bidong semalam.
Beliau berkata sejak pertengahan Februari hingga Isnin lepas, JKDM Terengganu melakukan pemeriksaan terhadap 167 premis di Kuala Terengganu dan Kemaman dan berjaya mengesan 16 kes cuba mengelak cukai kastam melibatkan rokok dan arak.
Aziz berkata ia melibatkan nilai barangan berjumlah hampir RM5,000 dengan nilai cukai sebanyak RM18,950.
Sementara itu, sebanyak 45 peserta dari 11 pasukan yang terdiri daripada jabatan penguatkuasa di negeri ini termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pasukan Gerakan Am Batalion ke Sembilan (PGA), Jabatan Imigresen negeri serta Jabatan Kastam Kelantan dan Pahang mengambil bahagian pada program itu.
Pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontijen Terengganu muncul juara apabila menewaskan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.
No comments:
Post a Comment