Wednesday, May 26, 2010

Kompleks Renang Ditutup, Sukan Akuatik Di Terengganu Terjejas

Program pembangunan sukan akuatik di Terengganu mungkin tidak diteruskan tahun depan sekiranya kompleks renang di Batu Buruk di sini terus ditutup.

Ketua Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri Terengganu Zulkifli Mohammad berkata kompleks berkenaan, yang digunakan untuk Sukma 2008, ditutup hampir setahun lepas kerana mengalami kerosakan dan kebocoran.

"Kita tidak dapat meneruskan program ini kerana tidak ada tempat latihan," katanya di Kuala Terengganu.Menteri Kerja Raya pernah melihat kerosakkan pada bumbung Kompleks Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu beberapa bulan lalu.

Zulkifli berharap Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) membaik pulih kemudahan berkenaan supaya sukan renang terus berkembang di negeri itu.

Beliau berkata kontrak dua orang jurulatih dari China juga telah ditamatkan kerana kolam di situ tidak dapat digunakan.

Persatuan Renang Amatur Terengganu berharap kerajaan negeri memberikan perhatian serius terhadap usaha membaik pulih kolam tersebut.

Setiausahanya Yan Kong Lee berkata penutupan kompleks itu bukan sahaja merugikan persatuan tetapi juga orang ramai.

No comments:

Post a Comment