Wednesday, May 26, 2010

Menteri Besar - Jangan Mudah Berpuashati


Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bergambar kenangan – Gambar Zulkifli Putra

Menteri Besar Datuk Ahmad Said Selasa mengingatkan pegawai-pegawai kerajaan di Terengganu agar tidak terlalu cepat berpuas hati dengan apa yang dicapai kerana itu akan memberi kesan buruk kepada jabatan.

Beliau berkata amalan mudah berpuas hati dengan apa yang dibuat akan melahirkan pegawai-pegawai yang tidak komited terhadap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Pegawai kerajaan hendaklah sentiasa turun padang memantau sendiri sesuatu projek yang dijalankan dan tidak hanya bergantung laporan daripada pekerja di bawah.

"Hanya pegawai yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan jika ada masalah berbangkit," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah khidmat cemerlang peringkat negeri Terengganu 2010 di Kuala Terengganu semalam.
Seramai 39 kakitangan pelbagai peringkat yang menerima anugerah itu, masing-masing menerima wang tunai RM7,500 serta peruntukan menunaikan haji.
Bagi mereka yang telah menunai haji, diberi pilihan mengerjakan umrah.

No comments:

Post a Comment